SEGERALAH BERAMAL SEBELUM DATANG 7 UJIAN BESAR.

SEGERALAH BERAMAL SEBELUM DATANG 7 UJIAN BESAR.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ((بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ سَبْعًا: هَلْ تَنْتَظِرُونَ إِلَّا فَقْرًا مُنْسِيًا, أَوْ غِنًى مُطْغِيًا, أَوْ مَرَضًا مُفْسِدًا, أَوْ هَرَمًا مُفَنِّدًا, أَوْ مَوْتًا مُجْهِزًا, أَوْ الدَّجَّالَ؛ فَشَرُّ غَائِبٍ يُنْتَظَرُ, أَوْ السَّاعَةَ؛ فَالسَّاعَةُ أَدْهَى وَأَمَرُّ؟)) [أخرجه الترمذي في سننه]

” Bersegeralah melakukan amalan-amalan ( yang diredhai Allah ) sebelum datangnya tujuh macam perkara. Tiada yang kalian tunggu, melainkan kefakiran yang melalaikan, atau kekayaan yang membuat sombong, atau sakit yang merosakkan, atau usia tua yang menyebabkan ucapan tak teratur lagi, atau kematian yang mendadak, atau tibanya Dajjal, ia seburuk-buruk makhluk yang ditunggu, atau tibanya hari kiamat, maka hari kiamat yang lebih besar bencananya dan lebih menyedihkan” [ HR. at-Tirmidzi ]

# Sama-sama kita bersegera membanyakkan amal sebelum diberikan :

1》 FAQIR sehingga tidak lagi dapat membanyakkan amal kerana kerisauan dengan urusan rezeki hingga tak mampu untuk beramal.

2》 KEKAYAAN sehingga yang kerana kesombongannya menjauhkan kita dari beramal dan bercampur dengan ahlillah.

3》 SAKIT yang kerananya kita tak mampu beramal seperti biasa.

4》 TUA yang kerananya juga amal tidak sempurna.

5》 MATI yang dengannya tamatlah peluang untuk beramal.

6》DAJJAL yang kedatangan ujian besar buat umat manusia. Jika ujian yang lain pun kita alpa dari amal.. bagaimana agaknya amal kita saat diuji dengan DAJJAL

7》 QIYAMAT yang merupakan negeri penyesalan bagi yang meninggalkan amal. Orang yang beramal pun rasa menyesal dan rugi di hari QIYAMAT kerana merasa kurang lagi amalan mereka. . apatah lagi yang tak beramal..

Moga kita tidak disibukkan dengan sesuatu yang tidak berfaedah.. Moga kita tidak dilalaikan dari amal.. ameen.

Akhukum Mohd Hazri al-Bindany.