Restu Ilmu PT3 2017

Majlis Restu Ilmu PT3 berlangsung di Tapak Perhimpunan pada 6/10/2017 jam 7.30 pagi. Pada awal program Pengetua Tn Hj Yamin bin Zakaria memberi ucapan dan kata-kata semangat kepada calon-calon. Seterusnya mereka dihadiahkan pen, pencil dan pemadam sebagai simbolik menduduki PT3 nanti. Pada akhir acara calon-calon bersalam-salaman dengan semua guru untuk mendapat restu.