Real Reward Harapan Lulus SPM

 Program Real Reward Harapan Lulus SPM telah diadakan pada 24 Okt 2012, 8.30-9.50 pagi di Bilik Gerakan dan disasarkan kepada 13 orang pelajar yang berpotensi untuk lulus dalam SPM. Program anjuran bersama JK Kurikulum dan Unit Bimbingan dan Kaunseling ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh dan lulus SPM. Agenda program ialah amanat eksklusif Pengetua, penyerahan Kad Azimat dan makan bersama pengetua dan guru-guru. Program dihadiri oleh semua PK, GK dan Guru Bahasa Melayu. Para pelajar sasaran kelihatan sangat gembira dan terharu apabila dilayan dengan penuh kasih sayang oleh para guru.