Program Real Reward SPM untuk murid HALUS

Program Real Reward SPM untuk murid HALUS telah diadakan pada 20/4/2018 di Bilik Gerakan untuk membantu murid lulus dalam SPM 2018. Strategi difokuskan kepada kelas khas setiap Isnin dan Jumaat bagi subjek Bahasa Melayu dan Sejarah. Tuan Pengetua telah menyampaikan amanat kepada 20 orang murid yang hadir. Pn Hjh Norrizan Seman selaku Guru Cemerlang Sejarah telah memberi tips ringkas Sejarah, manakala En Zulkifly Baharom telah menyediakan Borang Biodata dan Akurjanji. Program ini merupakan kolaborasi antara JK Kurikulum yang diterajui oleh Cik.Hjh Maznah A.Manan selaku PK Pentadbiran dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Turut hadir ialah Pn Hjh Zainab Razalli. Pn Effa Rina telah menyampaikan motivasi kepada semua murid