Program Mentor Mentee

Pada 4 Mac 2013, telah dilancarkan Program Mentor Mentee peringkat sekolah bagi tahun 2013. Dalam program ini, semua guru dan murid kelas Peralihan, tingkatan 1-5 terlibat. Majlis penyerahan semua mentee kepada mentor telah disempurnakan secara simbolik di mana PK Pentadbiran menyerahkan Frame Program Mentor Mentee 2013 kepada PK Hal Ehwal Murid.