PERTANDINGAN MY TALENT DAERAH BATANG PADANG

 SMK Khir Johari, Tg Malim telah menyertai Pertandingan My Talent peringkat daerah pada 1 Nov 2012 di SK Bidor 2. Nurul Ezzaty, Mohd Azrul Fahmie dan Amiru Najmi dari 3 RK masing-masing telah mewakili sekolah dalam kategori pengucapan awam, nyanyian solo dan melukis kartun. Nurul Ezzaty telah merangkul Naib Johan pengucapan awam. Walaupun tewas, Fahmie dan Najmi telah memberikan yang terbaik dan saingan yang hebat. Syabas KJO! Guru Pengiring ialah Pn Effa Rina. Peserta telah dilatih oleh Pn Hjh Najmah Bt Tarmidzi