Program In Person telah dihadiri murid 5 KT, HL dan INO

Program Motivasi In Person hari ini 6/4/2018 bersama 6 orang Murid Cemerlang SPM 2017 diadakan hari ini. Semua murid kelas 5 Kreatif, Holistik dan Inovatif telah hadir dan mendengar perkongsian dan tips kejayaan tokoh. Program ini dianjurkan Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama JK Kurikulum Sekolah. Terima kasih kepada pelajar-pelajar tersebut yang terdiri dari:

  1. Ahmad Qayyum Fikri Bin Ahmad Jazimin
  2. Nurul Adnin Aqilah binti Mohd Zaimiruddin
  3. Fatin Amalia binti Taupik
  4. Nurul Farahin bt Fakhrul Anwar
  5. Asmawi Nur Hakim bin Mokhtar
  6. Nur Hadiah binti Salim

Program MMI Pencak Silat

Program MMI pagi ini 5/4/2018 jaguh silat kita beraksi antara Mohd Zulfadzli Ridzuan (3HL) dan Mohd Naim Bin Anuar ((2RK)

Kenaikan Pangkat KRS

Tahniah kepada 4 orang Kadet Remaja Sekolah (KRS) di atas kenaikan pangkat baru-baru ini. Mereka terdiri daripada Shafiq Aiman Bin Shahrul Nizam, Muhammad Izzat Hilmi Bin Ahmad Zabidi, Nur Shahidah Bt Muhammad Akbar dan Nurul Syafiqah Bt Zubir.Tahniah juga kepada guru pemimpin Leftenen Hj Wan Abd Hadi Bin Wan Yusoff dan Leftenan Muda Laila Bt Abdullah.

 

PERBARISAN Sambutan HARI POLIS KALI KE 21

PELAJAR YG TERLIBAT PERBARISAN Sambutan HARI POLIS KALI KE 211 PADA 25 MAC 2018 DI IPD PEJABAT POLIS SLIM RIVER MENERIMA SIJIL PENGHARGAAN:
1.CHE AFIF AIMAN B CHE ANWAR
2.MUHAMMADD AIMAN B MUHAMMAD AMIN
3. NORFARAHAIDA AMIRA BT ABD AZIZ
4. NURUL SYAHIRAH BT RAZALI

Majlis Sambutan Wira Boling dan PKI

Pada 2/4/2018 bertempat di Tapak Perhimpunan diadakan Sambutan Menyambut Kepulangan wira-wira  boling terutama yang mendapat Naib Johan Peringkat Daerah B15 iaitu Wan Danish b Wan Bayan Marayu dan juga pelajar PKI. Tahniah dan Syabas! Kejo Cemerlang!

Ujian Kenaikan Talipinggang Taekwondo (ITF) Daerah Muallim

Hari ini Ahad 1/4/2018 bertempat di Dewan Lestari diadakan Ujian Kenaikan Talipinggang Taekwondo (ITF) Daerah Muallim. Anjuran Persatuan Taekwon-Do (ITF) Daerah Muallim. 9 org pelajar Kjo terlibat, 2 org ialah pelajar asrama. Semoga semuanya lulus! Syabas Kejo!

SMKKJ di Pameran Jelajah Pendidikan Kementerian Malaysia

SMKKJ di Pameran Jelajah Pendidikan Kementerian Malaysia mulai 31/3/2018 hingga 1/4/2018 bertempat di Mydin Mall Parit Buntar Perak. Pelajar kita sempat mendapatkan tandatangan YB Dato’ Seri Mahadhir Bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia. Tahniah dan syabas kepada semua guru UBK dan PRS yang terlibat. Kejo Cemerlang!

 

Gotong-royong dan Latihan Kebakaran Asrama diadakan pada 31/3/2018 jam 8.30 hingga 12.00 tengahari. Tahniah kepada aspura dan aspuri serta AbiUmmi Dorm yang terlibat.

Kejo Berjaya Menjadi Tuan Rumah Pesta Pantun Peringkat Daerah

Kejo berjaya menganjurkan Pesta Pantun Peringkat Daerah selama 2 hari bermula 28/3/2018 hingga 29/3/2018. Majlis penutup disempurnakan oleh En Zailan Bin Zainuddin Penolong PPD HEM. Tahniah kepada semua warga KEJO terutamanya Panitia Bahasa yang memberi komitmen yang amat padu bagi menjayakan pesta ini.

KEJO Naib Johan Boling (B15) Peringkat Daerah

Wan Danish b Wan Bayan Marayu  merangkul Naib Johan Kategori Bawah 15 dalam Pertandingan Boling Ten Pin yang berlangsung di Ampang Bowl Ipoh pada 29/3/2018. Syabas dan tahniah kepada Wan Danish dan semua peserta dan guru-guru yang terlibat.