MOTIVASI PMR, IKRAR & AKU JANJI 2013

Pada 15 Feb 2013 di surau sekolah, semua pelajar tingkatan 3 telah mengikuti Program Motivasi PMR, Ikrar dan Aku Janji yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama JK Kurikulum. Antara pengisian program ialah Santapan Minda, Brain Gym, Slot Motivasi Zero To Hero oleh Pn Norashikin Hasan, Slot Belaian Jiwa oleh Tuan Pengetua, Lafaz Ikrar dan Aku Janji dan sesi tandatangan ikrar dan aku janji tersebut. Program dihadiri oleh Tuan Pengetua, Cik Hjh Maznah, Pn Effa Rina , Pn Aslinda Bt Paat, Pn Hjh Norrizan (SU Kehormat PIBG), Pn Norashikin (Kaunselor Pelatih), Pn Rosmah, Pn Hjh Zainab, Pn Nor Azian, Pn Fatimah.Turut membantu ialah En Wan Jamaludin Hasan. Ikrar dibacakan oleh Ezanor dari 3RK. Program ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan persediaan awal pelajar bagi menghadapi PMR 2013. Syabas kepada semua pelajar dan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat.