LAWATAN BERFOKUS KE KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER

 Pada 2 Nov 2012, seramai 52 orang pelajar tingkatan 3 telah menyertai lawatan berfokus ke Kolej Vokasional Slim River untuk menimba ilmu dan pengalaman berguna. Sepanjang lawatan, peserta telah dibawa melawat Bengkel penyaman udara, kimpalan, kayu dan elektrik. Kerjasama erat antara Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKKJ dan KVSR telah menjadikan lawatan ini sangat menarik dan lancar. Guru pengiring yang terlibat ialah Pn Effa Rina Mohd Matore, Pn Aslinda Bt Paat dan En Chandra Mohan. Kepada semua!!!. Terima kasih daun keladi kepada KV Slim River… tahun depan kami datang lagi!!