KENCING BERDIRI PENYEBAB SEKSA KUBUR?

KENCING BERDIRI PENYEBAB SEKSA KUBUR?

SOALAN INBOX:

Assalamualaikumm ustaz… saya ada satu kemusykilan..saya penah dengar sesiapa yg kencing berdiri dalam kubur kelak akan diseksa oleh malaikat? Betul ke kencing berdiri boleh kena seksa kubur?
.

JAWAPAN:

1) Jika seseorang lelaki kencing berdiri dengan mengetahui bahawa najis itu akan menimpa seluarnya maka jelas hukumnya adalah haram menurut mazhab Syafi’ie. Hal ini dinyatakan oleh Imam Syahabuddin al-Ramli di dalam “Hasyiah al-Ramli al-Kabir ‘ala Asna al-Matolib”:

قوله “ولا يبول قائما” قال الأذرعي الظاهر التحريم إذا علم التلويث ولا ماء أو وجده ولكن ضاق وقت الصلاة أو لم يضق وقلنا يحرم التضمخ بالنجاسة عبثا .

Maksudnya: “Kata beliau: (.. dan tidak boleh kencing berdiri) al-Azra’ie berkata, ‘pengharaman(kencing berdiri) pada zahirnya jika seseorang itu mengetahui air kencing itu mengotori(pakaian) dan tiada air atau dia menjumpai air tetapi waktu solat yang singkat atau tidak singkat, dan kami berpendapat bahawa HARAM meletakkan(menyentuh) najis secara sia-sia.’”
.

2) Seseorang itu tidak sepatutnya mengambil mudah atau lalai ketika buang air kecil sehingga najis itu mengena pada pakaiannya atau tidak mencuci kemaluan setelah buang air kecil. Sebab kelalaian ini menyebab dia akan diseksa di alam barzakh kelak, seperti yang disebut dalam sepotong hadith yang sahih:

عن ابن ابن عباس قَالَ: مَرَّ النَّبِيُّ صلى الله عليه و سلم بِحَائِطٍ مِنْ حِيْطَانِ اْلمـَدِيْنَةِ –أو مَكَّةَ- فَسَمِعَ صَوْتَ إِنْسَانَيْنِ يُعَذَّبَانِ فىِ قُبُوْرِهِمَا فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه و سلم: يُعَذَّبَانِ وَ مَا يُعَذَّبَانِ فىِ كَبِيْرٍ ثُمَّ قَالَ: بَلىَ كَانَ أَحَدُهُمَا لاَ يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ وَ كَانَ اْلآخَرُ يَمْشِى بِالنَّمِيْمَةِ ثُمَّ دَعَا بِجَرِيْدِةٍ فَكَسَرَهَا كِسْرَتَيْنِ فَوَضَعَ عَلَى كُلِّ قَبْرٍ مِنْهُمَا كِسْرَةً فَقِيْلَ لَهُ: يَا رَسُوْلَ اللهِ لِمَ فَعَلْتَ هَذَا؟ قَالَ: لَعَلَّهُ أَنْ يُخَفَّفَ عَنْهُمَا مَا لَمْ تَيْبَسَا أوْ إِلَى أَنْ يَيْبَسَا

Saidina Ibnu Abbas Radiyallahu ‘anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam pernah melewati satu daru kebun-kebun Madinah –atau Mekkah-. Lalu Baginda mendengar suara dua orang yang sedang diazab di dalam kubur. Nabi Sallallahu alaihi wa sallam bersabda, “Kedua-duanya sedang diazab, tidaklah kedua-duanya diazab disebabkan perkara yang besar”. Kemudian Baginda bersabda, “Yang pertama (diazab) kerana tidak bersih dari kencingnya dan yang lain kerana suka ke sana sini dengan tujuan adu domba”. Lalu Baginda menyuruh agar diambil pelepah (tamar) dan membelah ia kepada dua bahagian. Kemudian Baginda meletakkan di atas setiap satu bahagian pada kedua-dua kubur. Baginda ditanya, “Wahai Rasulullah, mengapakah Tuan melakukan sebegini?. Baginda menjawab, “Mudah-mudahan kedua-duanya ini diringankan dari (azab kubur) selama kedua-dua pelepah ini masih basah”. [HR al-Bukhari dan Muslim]
.

3) Namun begitu, hakikat hukum lelaki kencing berdiri tidak lah sampai jatuh kepada hukum haram selagimana berjaga-jaga dari terkena najis pada pakaian atau anggota badan. Jika terkena sedikit percikan air kencing pada pakaian, maka ia adalah dimaafkan menurut para ulama kerana situasi yang sukar dielakkan dan bukan disengajakan. Maka maksud seseorang itu diseksa di alam barzakh disebab lalai menjaga kebersihan ketika melunaskan hajatnya di tandas.
.

4 ) Manakala perbahasan mengenai hukum kencing berdiri bagi lelaki yang berdasarkan dalil dan pandangan ulama mazhab termasuk mazhab Syafi’ie, boleh rujuk artikel lama saya di bawah ini:

HUKUM KENCING BERDIRI BAGI LELAKI

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi