Guru Penyayang: Lawatan ke rumah pelajar tidak hadir ke sekolah

Tarikh: 11/8/2020…Tuan pengetua Hj Aman Shah dan cikgu Balu melawat ke dua buah rumah pelajar Kejo yang tidak hadir ke sekolah selama beberapa hari. Hasil lawatan mendapati seorang pelajar terpaksa menjaga ibunya yang sakit dan seeorang lagi setiap hari keluar rumah tetapi tidak sampai ke sekolah. Pihak sekolah akan terus memantau ketidakhadiran pelajar sepanjang masa bagi mengatasi masalah ponteng sekolah.