1969 | Sekolah ini dibina di atas tapak seluas 9 ekar 2 rode, dengan bangunan 2 blok setinggi 2 tingkat yang mengandungi 6 bilik darjah, 4 buah stor, sebuah makmal sains, sebuah kantin, tandas guru dan tandas murid. |
1970 | Tambahan bangunan 2 tingkat yang mengandungi 2 buah bilik darjah, 2 buah makmal sains dan sambungan kepada bangunan asal 2 buah bilik darjah. |
1973 | Sebuah bangunan Seni Perusahaan (kini Kemahiran Hidup) telah dibina. |
1974 | 2 buah blok bangunan asrama untuk pelajar dibina. |
1976 | Sebuah blok bangunan 3 tingkat yang mengandungi 6 buah bilik darjah dan 3 buah makmal sains dibina. |
1980 | Pembinaan bilik kebal |
1980 | Pembinaan 3 buah rumah guru, 2 buah kelas F dan sebuah kelas D di atas tapak binaan tambahan. Siap dibina dan diserahkan pada 12 Mac 1984. |
1991 | Bangunan baru yang mengandungi 4 buah bilik darjah, sebuah tandas guru, 2 buah tandas murid, sebuah pusat sumber, sebuah stor, sebuah bilik pengetua dan pejabat, sebuah bilik sumber media, sebuah biliksembahyang, sebuah bilik wuduk dan tiga buah bilik makmal tulen serta sebuah kantin telah dibina. |
1993 | Pembinaan sebuah bangunan Lukisan Kejuruteraan. |
1995 | Tempat letak basikal dan motosikal telah siap dibina sepenuhnya.Rumah bomba telah dibina bagi tujuan kecemasan |
1998 | Pembinaan surau sekolah ‘Al-Hidayah’. |
1999 | Perasmian surau ‘Al-Hidayah’. |
2000 | Pembinaan kuarters guru. |
2003 | Makmal Komputer telah digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran. |
2006 | Pembinaan Pusat Kitar SemulaPembinaan pagar baru sekolah |
2007 | Pembinaan Kelas Pemulihan KhasPuasat Akses Internet diwujudkan |
2010 | Pembesaran surau ‘Al-Hidayah’ telah siap sepenuhnya dan boleh digunakan semula |
2013 | Bangunan baru telah siap dibina.(pejabat, bilik guru, kelas)
|