Author Archives: wanj

Penilaian ASAT

4/9/2019: Penilaian ASAT bermula hari ini. Seramai 5 orang penilai dari JPN datang membuat penilaian dari pukul 10.00 pagi hingga pukul 2.30 petang. Semoga Asrama kita terus cemerlang lagi tahun ini. Kejo boleh!

Sambutan Di ambang Kemerdekaan

29/8/2019: Sambutan di Ambang Kemerdekaan berlangsung di Dewan Colosseum pada pukul 7.30 pagi hingga 9.15 pagi. Antara acara yang dijalankan ialah Ucapan Pengetua Th Hj Ahmad Jefri Bin Hj Kamil, Melekat bendera di kereta guru, Teater Muzikal Leftenan Adnan, Simbolik Ambang Merdeka, Nyanyian 6 Lagu Patriotik.

Ujian Kenaikan Tali Pinggang Taekwondo

24 OGOS 2019: Ujian Kenaikan Tali Pinggang Taekwondo bertempat di Dewan Lestari. Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya!

Kuiz Kemerdekaan

21 OGOS 2019: Kuiz Kemerdekaan di Dewan Colosseum Kejo

Sambutan Hari Lahir

9 OGOS 2019: Hadiah hari lahir bulan Ogos bertempat di Dewan Colesseum.

Kem Kenaikan Pangkat KRS

Alhamdulillah.. Peserta KRS KJO seramai 4 org berjaya menamatkan ujian-ujian utk melayakkan mereka naik pangkat pada 27/7/2019 yang lalu. 2 orang dapat pangkat Sarjan dan 2 orang lagi pangkat Staff Sarjan. Bulan September akan dilaksanakan kursus Pegawai Waran I dan II di Ipoh.

Kejo menyertai Konsert Kesenian di UPSI

27/7/2019: Pelajar-pelajar Kejo menyertai Konsert Kesenian anjuran UPSI..

KEJO Tempat Ke-3 Kuiz Wahyu Peringkat Negeri

27/7/2019: Sheikh Afiq dan team Batang Padang Muallim mendapat tempat Ketiga Kuiz Ilmu Wahyu KAA Peringkat Negeri

Perkhemahan Perdana di Pulau D’Tibang Ulu slim

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform berlangsung 2 hari mulai 20/7/2019 hingga 21/7/2019 bertempat di Pulau D’Tibang Resort Ulu Slim kepunyaan YDP PIBG SMK Khir Johari Dato’ Shaharuddin. Terima kasih tidak terhingga kepada dato’ kerana telah sponser sebahagian dari perbelanjaan perkhemahan ini. Alhamdulillah perkhemahan berjalan dengan lancar dan peserta-peserta amat seronok dan teruja untuk datang lagi. Tahniah kepada semua pelajar dan guru-guru beserta suami/isteri yang terlibat atas kejayaan perkhemahan pada kali ini. Kejo boleh!

Anugerah Anak Angkat Cemerlang Yayasan Pelajaran Mara

17 JULAI 2019: Anugerah Anak Angkat Cemerlang Yayasan Pelajaran Mara oleh wakil YPM kepada Muhammad Ammar bin Agus Salim kelas 2 AA.