Author Archives: smkkjedu

Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana 2017

Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana (PMR, SPM dan STPM) diadakan di Surau Al-Hidayah SMK Khir Johari pada 5/10/2017 dari jam 7.00 hingga 9.30 malam. Majlis dirasmikan oleh Tn Hj Yamin Bin Zakaria Pengetua SMK Khir Johari. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibubapa pelajar terbabit. Tahniah dan syabas diucapkan!

 

Sambutan hari lahir Mei hingga Ogos

Sambutan hari lahir Mei hingga Ogos, penyerahan Anugerah Student of the month dan anugerah Perfect Attendance Januari hingga Julai 2017 pada 25/8/2017 di Tapak Perhimpunaan.

Real Reward SPM Halus & Elit

Real Reward SPM Halus & Elit telah berlangsung pada 22 & 24/8/2017

 

Pertandingan Menyanyi Lagu Patriotik

Pertandingan Menyanyi Lagu Patriotik telah diadakan pada 23/8/2017 di Dewan Lestari SMK Khir Johari.

 

KARNIVAL KOKURIKULUM DAN HARI TERBUKA ASRAMA

Karnival Kokurikulum dan Hari Terbuka Asrama berlangsung pada 23/7/2017 dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang di sekitar SMK Khir Johari. Majlis dirasmikan oleh YDP PIBG Syed Abdul Malek Bin Syed Muhamad.

PROGRAM SKILLS@PEKA

PROGRAM SKILLS@PEKA bersempena Permukiman Muallim berlangsung di Dewan Lestari SMK Khir Johari Tg . Malim Perak pada 20/7/2017.

Klinik Pengenalan Sukan: Berbasikal, Angkat Berat, TID Sukan

Klinik Pengenalan Sukan: Berbasikal, Angkat Berat, TID bersempena Permukiman Muallim berlangsung di Dewan Lestari SMK Khir Johari Tg . Malim Perak pada 19/7/2017.

SMKKJ Naib Johan Forum Remaja

Tahniah kpd pasukan  SMK Khir Johari kerana berjaya menjadi Naib Johan Forum Remaja Peringkat Daerah

Tahniah! SMK Khir Johari menang pertandingan ‘Tabletop 2017’ peringkat negeri Perak

Tahniah! SMK Khir Johari menang pertandingan ‘Tabletop’ peringkat negeri Perak yang berlangsung UPSI pada 9/7/2017 yang lalu. Kejo menghantar 4 orang peserta yang terdiri dari Muhammad Danial Haziq Bin Mohathir, Muhammad Syakir Bin Muhlis, Muhammad Faiz Farhan Bin Abdul Rashid dan Muhammad Aizuddin Bin Norizam dibawah bimbingan Pn Nor Azizah Bt Jaafar Sidek. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2000.00 beserta sijil dan piala kejohanan.

Majlis Hari Anugerah Cemerlang Akademik 2017

Majlis Hari Anugerah Cemerlang Akademik 2017 berlangsung pada 6/7/2017 di Dewan Lestari pada pukul 8.30 hingga 11.00 pagi. Majlis dirasmikan oleh Tuan PPD Muallim En Saipol Bahrin Bin Sulaiman. Turut hadir ialah Prof Dr Haim Hilman yang menyumbang ‘Anugerah Kasih Dr Haim’ . Terima kasih kepada semua yang terlibat dan tahniah kepada penerima-penerima anugerah.

Anugerah Pingat Emas/Mekar Bestari: AMIRA ATHIRAH  BT SAMSUDIN

Anugerah Tunas Bestari: NIK AL-ALIEYA BINTI NIK MOHD. ZAIM

Anugerah Hanif Hashim: INTAN LIANA BINTI SHAARI: