Amalan Guru Penyayang

Pada 12 Mac 2013, Tuan Pengetua dengan diiringi oleh PnĀ Effa Rina Mohd Matore, selaku Setiausaha Program Amalan Guru Penyayang memulakan “tour” ke semua kelas untuk menyampaikan sendiri Hadiah Hari Jadi kepada semua murid di sekolah. Hadiah berupa Asmaulhusna dalam bentuk Booklet yang sangat menarik. Booklet berwarna emas untuk murid lelaki dan warna maroon untuk murid perempuan. Semua murid kelihatan sangat terharu dan teruja dengan pemberian tersebut.