SEJARAH SEKOLAH

1969 Sekolah ini dibina di atas tapak seluas 9 ekar 2 rode, dengan bangunan 2 blok setinggi 2 tingkat yang mengandungi 6 bilik darjah, 4 buah stor, sebuah makmal sains, sebuah kantin, tandas guru dan tandas murid.
1970 Tambahan bangunan 2 tingkat yang mengandungi 2 buah bilik darjah, 2 buah makmal sains dan sambungan kepada bangunan asal 2 buah bilik darjah.
1973 Sebuah bangunan Seni Perusahaan (kini Kemahiran Hidup) telah dibina.
1974 2 buah blok bangunan asrama untuk pelajar dibina.
1976 Sebuah blok bangunan 3 tingkat yang mengandungi 6 buah bilik darjah dan 3 buah makmal sains dibina.
1980 Pembinaan bilik kebal
1980 Pembinaan 3 buah rumah guru, 2 buah kelas F dan sebuah kelas D di atas tapak binaan tambahan.  Siap dibina dan diserahkan pada 12 Mac 1984.
1991 Bangunan baru yang mengandungi 4 buah bilik darjah, sebuah tandas guru, 2 buah tandas murid, sebuah pusat sumber, sebuah stor, sebuah bilik pengetua dan pejabat, sebuah bilik sumber media, sebuah biliksembahyang, sebuah bilik wuduk dan tiga buah bilik makmal tulen serta sebuah kantin telah dibina.
1993 Pembinaan sebuah bangunan Lukisan Kejuruteraan.
1995 Tempat letak basikal dan motosikal telah siap dibina        sepenuhnya.Rumah bomba telah dibina bagi tujuan kecemasan
1998 Pembinaan surau sekolah ‘Al-Hidayah’.
1999 Perasmian surau ‘Al-Hidayah’.
2000 Pembinaan kuarters guru.
2003 Makmal Komputer telah digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran.
2006 Pembinaan Pusat Kitar SemulaPembinaan pagar baru sekolah
2007 Pembinaan Kelas Pemulihan KhasPuasat Akses Internet diwujudkan
2010 Pembesaran surau ‘Al-Hidayah’ telah siap sepenuhnya dan boleh digunakan semula
2013 Bangunan baru telah siap dibina.(pejabat, bilik guru, kelas)