ALUAN PENGETUA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelawat ke laman web kami. Saya merasa amat bersyukur dan berharap dengan terbitnya laman web ini ianya dapat menyediakan maklumat-maklumat terkini berkaitan sekolah khususnya untuk para pelajar yang saya kasihi dan juga ibu bapa serta guru. Bersandarkan kepada visi kami, “ Menjadikan SMK Khir Johari Tanjong Malim sekolah cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan keceriaan di negeri Perak”, besar harapan saya agar kecemerlangan yang diperolehi di dalam pepriksaan PMR, SPM dan STPM tahun 2011 berterusan malah lebih baik lagi. Di samping itu, pencapaian cemerlang sekolah di bidang kokurikulum juga membanggakan saya di mana pencapaian bukan sahaja di peringkat daerah malah hingga ke peringkat negeri. Akhir kata, saya ucapkan selamat melayari laman web ini dan cadangan penambahbaikan dari anda amat dialu-alukan. Terima kasih.

Sekian, wassalam.