Pelancaran Amalan Guru Penyayang dan DWEN

agp

Pada 16 Jan 2017, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjayakan Pelancaran Amalan Guru Penyayang, Amalan 3S (senyum, sapa dan salam) dan DWEN (dasar warga emas negara). Tujuan pelancaran adalah untuk memberi kesedaran kepada semua warga sekolah tentang kepentingan sentiasa bersikap penyayang, menghormati warga emas dan mengamalkan tingkah laku positif seperti mudah tersenyum, sapa dan bersalam-salaman. Selain pelancaran, sambutan hari jadi bagi murid yang lahir pada bulan Januari telah dilaksanakan dengan upacara pemotongan kek dan penyampaian kek hari lahir. Gimik pelancaran panahan cinta yang disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Pn Hjh Rohani binti Abd Hamid, telah menarik minat warga sekolah. Simboliknya ialah bagaimana seseorang guru itu cuba untuk memenangi hati anak murid mereka dalam usaha menjadikan mereka seorang insan yang berguna