Sesi Viva mata pelajaran Pengajian Am dan Sejarah

5 sidang telah berjalan serentak di 5 buah premis. Premis yang digunakan adalah Bilik Sains Sukan, Bilik Pengawas, Bilik Seni, Bilik Darjah Prauniversiti 2 Holistik dan di Bilik Audio. Bagi pembentangan mata pelajaran Pengajian Am, pembentang membentang dapatan kajian mereka dihadapan penyelia mereka dan pentaksir 2 manakala bagi mata pelajaran Sejarah, mereka membentang di hadapan penyelia mereka dan sebilangan audiens untuk mendapatkan maklumbalas. Diharapkan agar pembentangan para pelajar prauniversiti ini dapat membantu meningkatkan prestasi mereka dalam peperiksaan STPM 2013, In sya Allah.