Monthly Archives: March 2015

Pidato Sempena Pertabalan Sultan Perak

pidato

SMK Khir Johari sebagai tuan rumah Pidato Sempena Pertabalan Sultan Perak peringkat zon pada hari ini 26/3/2015. Terdapat dua kategori pidato iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pemenang peringkat zon akan ke peringkat daerah pada hari Sabtu 28/3/2015 bertempat di SMK Khir johari juga. Para peserta bergambar bersama pengetua Pn Hjh Rohani Bt Abdul Hamid.

Selamat bertukar Pn Rofiah..jasamu dikenang

rofiah

Hari ini 25/3/2015 adalah hari terakhir Pn Rofiah di SMK Khir Johari. Beliau akan bertukar ke SMK Agama Slim River sebagai PK Kokurikulum. Tahniah diucapkan dan semoga cikgu Rofiah suksess dan cemerlang di tempat baru.

Program Akujanji Pelajar SPM tahun 2015

akujanji

Program Akujanji pelajar-pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun 2015 di hadapan ibubapa/penjaga serta guru masing-masing diadakan diadakan di Perpustakaan pada 24/3/2015. Terima kasih kepada semua ibubapa yang hadir.

Konvoi Majlis Pengetua Malaysia singgah di KEJO

konvoi

Konvoi Majlis Pengetua Malaysia seramai lebih kurang 30 orang singgah di SMK Khir Johari pada jam 8.00 malam 23/3/2015 dalam perjalanan ke utara.

Aktiviti Kokurikulum Kendalian BSMM

bsmm

Pada hari Rabu 4/3/2015 ┬ájam 3.00 – 5.00 petang diadakan aktiviti Kokurikulum kendalian BSMM di Dewan Terbuka. Semua unit uniform berkumpulan di dewan mengikuti ┬áceramah pertolongan cemas yang dikendalikan oleh Ustaz Mohd Anuar.

Keputusan SPM 2014: Meor Shahrizan pelajar terbaik kejo

???????????????????????????????

Tahniah kepada Meor Shahrizan Faisal Bt Mohd Anuar kerana mendapat 9A 1B+ dalam SPM 2014 yang lalu. Beliu merupakan pelajar terbaik kejo dalam SPM 2014. Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya dan teruskan berusaha hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Keputusan keseluruhan SMKKJ ialah 89.66%