Monthly Archives: November 2014

Cikgu Munasir selamat bertugas ditempat baru

munasir

Cikgu Munasir..selamat bertugas di tempat baru di SMK Sungkai. Beliau adalah antara guru senior yang paling lama di SMK Khir Johari iaitu selama 16 tahun. Syabas dan tahniah! Teruskan kecemerlangan di tempat baru.

HARI ANUGERAH & KARNIVAL KOKURIKULUM SMKKJ

a1

Hari Anugerah dan Karnival Kokurikulum 2014 berlangsung dengan meriahnya pada 15/11/2014 di Dewan Terbuka SMKKJ. Majlis dirasmikan oleh Pn Pengetua Hj Rohani Bt Abd Hamid.Selain penyampaian anugerah, turut diadakan jualan dan pameran dari pelbagai jabatan kerajaan iaitu dari Inston, UPSI, Jabatan Kesihatan, Penjara dan Polis Diraja Malaysia.

HARI ANUGERAH KOKURIKULUM 2014

KARNIVALKOKO2

Dijemput semua guru, pelajar, ibubapa serta orang ramai hadir ke Hari Anugerah Kokurikulum dan Karnival Kokurikulum pada besok hari bersamaan 15/11/2014 jam 7.30 hingga 1.00 petang di SMK Khir Johari.

TOKOH NILAM 2014


TOKOH NILAM

TOKOH NILAM 2014, Murfarzana Bt Muhamad (Tokoh Bahasa Inggeris)Dan Nurul Ain Husband bt. Hashim (Tokoh Bahasa Melayu)

JALINAN MESRA K3P 2014

SUNGKAI6

Jalinan Mesra K3P berlangsung  pada hari ini 1/11/2014 di Felda Resident Sungkai. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan staff yang berkelapangan hadir bagi memeriahkan suasana. Tahniah juga kepada Jawatankuasa K3P yang berjaya menganjurkan program tahun ini.

DELEGASI DARI UNIVERSITI YOGYAKARTA

jog

Lawatan Delegasi dari Universiti Negeri Yogyakarta, Indonesia (UNY) hari ini, 31.10.2014 ke SMK Khir Johari, Tg Malim, melibatkan seramai 57 orang termasuk pensyarah dari UNY, UPSI dan siswa siswi UNY. Antara pengisiannya ialah perkongsian pintar PdP, lawatan sekitar sekolah.