Monthly Archives: October 2014

Program Real Reward Elit SPM

realreward

Program Real Reward Elit SPM 2014 anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dan JK Kecemerlangan telah diadakan pada 24.10.2014 di Bilik Gerakan. Pengisian ialah amanat Pengetua, sesi dialog dan penyerahan Warkah Bonda dan Affirmation Card kepada semua 13 orang calon straight A’s SPM 2014. Terima kasih kepada semua yg menjayakan program ini.

Ketua Sektor Kurikulum Melawat Kejo

ksektor

SMK Khir Johari rasa bertuah kerana pada hari ini 21/10/14 Ketua Sektor Kurikulum JPN telah melawat sekolah ini. Secara kebetulan Badan Pengawas juga mengadakan jamuan akhir tahun pada hari ini. Terima kasih kepada Ketua Sektor kerana sudi menyampaikan hadiah-hadiah dan seterusnya bergambar kenang-kenangan.

Lawatan Sambil Belajar Asrama SMKKJ

lawatan kl

Pada 18/10/14 semua penghuni Asrama SMKKJ telah melawat Pusat Sains, Muzium Polis, Momorial Tun Razak, Masjid Negara dan Planetarium Negara. Tahniah kepada semua Aspura dan Aspuri kerana sangat berdisiplin sepanjang lawatan tersebut.

Tempat Kedua Liga Remaja Kreatif

liga remaja

SMK Khir Johari mendapat Tempat Kedua Peringkat Negeri Perak dalam Pertandingan Liga Remaja Kreatif anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan multimedia Malaysia. Tahniah kepada guru pembimbing Pn Nur Azizah dan 4 orang pelajar iaitu Mohd Afiq, Fatin Amelia, Nurin Adlyn dan Mohammad Naim. Mereka membawa pulang hadiah RM3,000.00, kamera digital setiap seorang beserta sijil. Tahniah dan syabas!