Monthly Archives: January 2014

Sambutan Maulidur Rasul 2014

maulir

Sambutan Maulidur Rasul diadakan di Surau Al-Hidayah pada hari Jumaat 24. 1. 2014. Antara aktivitinya ialah persembahan nasyid, selawat nabi dan ceramah Maulidur Rasul.

Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2014

ong1

Penyerahan bantuan awal persekolahan dirasmikan oleh Dato’ Seri Ong Ka Chuan pada 16.1.2014 jam 2.30 petang di Dewan Terbuka SMK Khir Johari.

Minggu Orientasi Tingkatan 4

orentasi

Dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Badan Disiplin dan Semua guru tingkatan 4 pada  2.1.2014  hingga 7.1. 2014.

Lawatan Timbalan KPPM ke SMKKJ

pelawat

Pada hari pertama persekolahan iaitu 2/1/2014 warga SMK Khir Johari berasa sunguh bertuah kerana dikunjungi oleh Timbalan Ketua Penolong Pengarah Dato Hj Sufa’at Bin Tumin serta pegawai-pegawai kementerian dengan diiringi Pengarah Pendidikan Perak Tn. Hj. Muhamat Roli Bin Haji Hassan. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke SMKKJ.

Keputusan PMR 2013

Peratus lulus 74.53%

Gred Purata Sekolah (GPS) 2.54

Bilangan semua A 12 orang

Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya