Monthly Archives: October 2013

Majlis Restu Ilmu SPM dan STPM

rstu spmstpm

Majlis Restu Ilmu pelajar-pelajar yang akan menduduki SPM dan STPM tahun 2013 berlangsung di Dataran Perhimpunan hari ini jam 7.30 pagi. Guru-guru diketuai oleh Pn Hjh Noraini  berbaris di atas pentas memberi restu kepada calon-calon peperiksaan tahun ini. Antara mereka ada juga anak-anak rakan guru yang akan menduduki peperiksaan ini. Semoga semuanya berjaya dengan cemerlang!

Hari Anugerah Kokurikulum

kkk

Hari Anugerah Kokurikulum Kali Keempat telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Terbuka SMKKJ pada pukul 1.30 petang 21.10.2013. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pn Hjh Noraini Bt Yeub Sidi, Pengetua Cemerlang SMKKJ.

Pelancaran Frog VLE

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pelancaran Frog VLE peringkat SMK Khir Johari pada 30/9/2013 jam 7.30 pagi di Tapak Perhimpunan. Penyerahan ID Guru telah disampaikan oleh pengetua kepada semua ketua bidang yang mewakili guru-guru.