Monthly Archives: July 2013

MOTIVASI HALA TUJU SELEPAS SPM & MINAT KERJAYA

Pada 23 dan 25 Julai 2013, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Motivasi Hala Tuju Selepas SPM & MInat Kerjaya. Program ini dijalankan secara berperingkat dan dimulakan dengan Tingkatan 5 Kreatif. Penceramah slot ini ialah Pn Effa Rina Mohd Matore dan Cik Santi Nur Oktafiani.

IFTAR RAMADHAN

Majlis berbuka puasa, solat Tarawikh dan ceramah agama berlangsung hari ini 23/7/2013. Terima kasih kepada pegawai-pegawai dari PPD En Mohamad Hamka bin Ibrahim dan En Mohd Sani bin Harun kerana sudi hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Terima kasih juga kepada semua guru dan pelajar yang hadir.

WATIKAH PELANTIKAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA TAHAP BONGSU 2013

Pada 22 Julai 2013, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mewatikahkan seramai 33 orang PRS Tahap Bongsu yang baru. Tuan Pengetua telah menyempurnakan majlis dengan penuh meriah. PRS ” Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain”

Latihan Skim Lencana PRS Tahap Bongsu

Pada 19 Julai 2013, seramai 33 orang ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang baru telah menjalani kursus Tahap Bongsu. Kursus ini telah dikendalikan oleh Pn Effa Rina Mohd Matore dan Cik Santi Nur Oktafiani

PIDM: SMKKJ Layak ke separuh akhir

Tahniah kepada team SMK Khir Johari, Tg Malim sebagai salah sebuah sekolah daripada 50 buah sekolah seluruh Malaysia yang akan ke peringkat separuh akhir bagi Cabaran Smart School 2013 anjuran PIDM

Perasmian Bulan Kecergasan, Program Minda Sihat dan Dasar Warga Emas Negara (DWEN)

Perasmian Bulan Kecergasan, Program Minda Sihat dan Dasar Warga Emas Negara (DWEN)  hari ini 15/7/2013 oleh Pengetua Cemerlang Pn Hjh Noraini Bt Yeub Sidi. Pada masa yang sama pengetua memperkenalkan guru-guru praktikum dari UPSI dan Universiti Semarang Indonesia. Selamat datang ke SMKKJ.

SELAMAT DATANG GURU PRAKTIKAL DARI UNIVARSITAS SEMARANG (UNNES)

Dua orang Guru Pelatih dari Univarsitas Negeri Semarang iaitu SANTI NUR OKTAFIANI (Bimbingan dan Kaunseling) dan RANI BASTIYANI (Pendidikan jasmani) akan berpraktikal di SMK Khir Johari, Tg Malim mulai 10 Julai 2013 hingga 6 September 2013. Mentor dari UPSI ialah En Che Anuar Che Abdullah. Guru Pembimbing ialah Pn Effa Rina Mohd Matore dan Pn Aslinda Bt Paat.

Sambutan Ihya Ramadhan dan Hari Koperasi

Sambutan Ihya Ramadhan dan Hari Koperasi berlangsung pada hari ini 7/7/2013 di SMK Khir johari. Majlis dimulai dengan perasmian Ihya Ramadhan dan seterusnya aktiviti pertandingan dan jualan. Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada pelajar dan tetamu yang hadir.

RAMAH MESRA BERSAMA WARGA EMAS

Pada 2 Julai 2013, seramai 21 orang PRS, Ahli Kelab BK dan murid 1RK dan 1AA bersama-sama Pn Effa, Pn Aslinda dan Pn Norfawazah telah bertindak sebagai Guru Pengiring. Bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan menghormati dan menghargai golongan warga emas