Monthly Archives: June 2013

Kawat kaki BSMM dapat tempat ke-3 negeri Perak

Tahniah kepada peserta kawat kaki BSMM SMKKJ kerana berjaya mendapat tempat ke-3 peringkat negeri Perak dalam kategori NGO Perempuan. Hadiah disampaikan oleh Penolong Pengarah Kokuriklum JPN En Zulkifli pada 27 Jun 2013 bertempat di PULARES Batu gajah Perak

Kejohanan Balapan dan Padang SMKKJ Ke-39

Kejohanan Balapan SMKKJ kali ke-39 berlangsung dengan meriahnya di Stadium Proton City pada 27 Jun 2013. Majlis tersebut dirasmikan oleh Pn Hjh Noraini Bt Yeub Sidi selaku Pengetua Cemerlang SMKKJ. Turut sama hadir ialah YDP PIBG SMKKJ Tn Hj Mohd Nazri Bin Md Saad. Tahniah dan syabas kepada semua guru, ibubapa serta pelajar yang menjayakan Kejohanan Balapan pada tahun ini.

SMK Khir Johari Juara Pidato

SMK Khir Johari telah memenangi kedua-dua kategori Pidato KPM Sekolah Menengah dan Pidato PRA-U peringkat Daerah Batang Padang yang telah di adakan di Dewan Arena SMKKJ pada 22/6/2013 yang lalu. Terima kasih kepada PPD Batang Padang Tn Hj Wazir Bin Mustafa kerana sudi hadir merasmikan Pertandingan Pidato tersebut dan tahniah kepada para pemenang.

Hari Anugerah Cemerlang 2013

Hari Anugerah Cemerlang Ke-39 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini 15. 6. 2013 di Dewan Terbuka SMK Khir Johari. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haniff Bin Hashim yang juga merupakan penyumbang anugerah utama HAC 2013. Tahniah kepada semua penerima anugerah dan tahniah juga kepada ibu bapa dan jemputan yang hadir.