Monthly Archives: February 2013

Kem Ujian Kenaikan Pangkat BSMM

Seramai 23 ahli BSMM dari SMK Khir Johari telah menyertai Kem Ujian Kenaikan Pangkat di SMKA Slim River pada 22 – 24.2.2013.  3 orang pelajar lulus pangkat Sarjan, 17 orang pangkat Koperal dan 3 orang pangkat Lans Koperal. Tahniah!.

Kejo Johan Badminton Bawah 18P

SMK Khir Johari merangkul Johan dan Naib Johan dalam pertandingan badminon perempuan bawah 18 tahun.

MOTIVASI PMR, IKRAR & AKU JANJI 2013

Pada 15 Feb 2013 di surau sekolah, semua pelajar tingkatan 3 telah mengikuti Program Motivasi PMR, Ikrar dan Aku Janji yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama JK Kurikulum. Antara pengisian program ialah Santapan Minda, Brain Gym, Slot Motivasi Zero To Hero oleh Pn Norashikin Hasan, Slot Belaian Jiwa oleh Tuan Pengetua, Lafaz Ikrar dan Aku Janji dan sesi tandatangan ikrar dan aku janji tersebut. Program dihadiri oleh Tuan Pengetua, Cik Hjh Maznah, Pn Effa Rina , Pn Aslinda Bt Paat, Pn Hjh Norrizan (SU Kehormat PIBG), Pn Norashikin (Kaunselor Pelatih), Pn Rosmah, Pn Hjh Zainab, Pn Nor Azian, Pn Fatimah.Turut membantu ialah En Wan Jamaludin Hasan. Ikrar dibacakan oleh Ezanor dari 3RK. Program ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan persediaan awal pelajar bagi menghadapi PMR 2013. Syabas kepada semua pelajar dan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat.

Sambutan Hari Ulangtahun Pengetua

Program Sekolah Penyayang (Amalan Guru Penyayang) dengan mengadakan sambutan hari lahir Tuan Pengetua yang ke 59 hari ini (15 Februari 2013). Sambutan penuh meriah dengan upacara pemotongan kek dan pemberian hadiah. Para pelajar menyanyikan lagu Selamat Ulang Tahun beramai-ramai.

MOTIVASI, IKRAR DAN AKU JANJI SPM

Pada 14 Feb 2013, semua pelajar tingkatan 5 telah mengikuti Program Motivasi, Ikrar dan Aku Janji yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama JK Kurikulum. Antara pengisian program ialah Santapan Minda, Brain Gym, Slot Motivasi WDEP to success oleh Pn  Effa Rina Bt Mohd Matore, Slot Belaian Jiwa oleh Tuan Pengetua, Lafaz Ikrar dan Aku Janji dan sesi tandatangan ikrar dan aku janji tersebut. Program ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan persediaan awal pelajar bagi menghadapi SPM 2013. Syabas kepada semua pelajar dan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat.

Gambar-gambar lain klik di sini

PELANCARAN PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG

Pada 6 Februari 2013 telah dilancarkan Program Sekolah Penyayang (Amalan Guru Penyayang) peringkat sekolah. Tuan Pengetua telah menyampaikan penerangan program kepada semua warga sekolah. Kelihatan dalam gambar pengetua sedang memakaikan selepang kuning yang melambangkan kasih sayang seorang guru kepada anak murid

Pelancaran Program NILAM

Pelancaran Program NILAM 2013 telah dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang Pn Hjh Noraini bt Yeub Sidi pada 6.2.2013. Adik Alicia Ong Su May terpilih sebagai Tokoh NILAM SMK Khir Johari. Tahniah!

Kem Rekrut BSMM

Kem Rekrut BSMM anjuran Cabang BSMM Tg Malim/Slim River telah diadakan di SMK Khir Johari selama 3 hari mulai 1.2.2013 hingga 3.2.2013. Seramai 110 peserta dari 8 buah sekolah telah mengambil bahagian. Tahniah kepada penganjur, helpers dan juga pelajar-pelajar yang terlibat kerana memberi kerjasama yang sungguh menggalakkan.