Monthly Archives: January 2013

PROGRAM BERSAMA TOKOH PMR 2012

Pada 22 Jan 2013, telah diadakan Program Bersama Tokoh PMR 2012. Semua murid straight A’s PMR 2012 telah berkongsi rahsia kejayaan dengan pelajar tingkatan 3. Jamuan mesra bersama pengetua, pentadbir dan guru-guru sungguh memotivasikan mereka untuk lebih berjaya

Program Pencegahan Jenayah SEKATA

Seramai 31org ahli Kelab Bimb Dan Kaunseling telah menyertainya program Pencegahan jenayah SEKATA di dewan orang ramai Ketoyong.  Antara aktiviti yang diadakan ialah ceramah cegah jenayah, pameran PDRM, keahlian rakan cop, pertunjukan K9 dan demonstrasi bagaimana ragut terjadi. Majlis dirasmikan oleh YB Dato Khusairi. Anjuran PDRM, LPPKN dan KRT

SLOT BERSAMA MANTAN MURID CEMERLANG

Terima kasih banyak kepada Masitah Nur dan Mohd Azri yang sudi datang menjayakan SLOT BERSAMA MANTAN MURID CEMERLANG : GAYA BELAJAR MENENGAH ATAS. Slot terbaru tahun ini untuk minggu Orientasi Ting 4. Azri, selamat berangkat ke UK, begitu juga Masitah Nur Khairi, selamat pulang ke New Zealand.

AMALAN GURU PENYAYANG : LAWATAN KE RUMAH PELAJAR MANGSA KEBAKARAN

Pada 17 jan 2013, Tuan pengetua, Pn Effa Rina, Pn Aslinda, Pn Norzarina dan Pn Suriyani telah ke rumah mangsa kebakaran, Fatehah di kuaters Balai Polis Behrang Stesen. Beberapa barang keperluan telah disampaikan oleh Tuan Pengetua untuk meringankan beban mangsa musibah. Semoga Fatehah dan keluarga tabah.

MAJLIS PERASMIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN

YB Dato’ Seri Ong Ka Chuan sedang berucap merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 di Dewan Arena SMK Khir Johari pada 16 Januari 2013 jam 2.30 petang.

MAJLIS BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 & HARI INTERAKSI

LADAP 1 – PBS

Pertukaran Guru