Monthly Archives: November 2012

Kursus NLP

Seramai 24 orang guru SMK Khir Johari telah berjaya mengikuti Kursus NLP selama 3 hari mulai 12/11/2012 hingga 14/11/2012.

Gotong royong di Pusat Warga Emas

Pelajar T3 SMKKJ seramai 30 orang bersama 3 guru pengiring Pn. Norfawazah, Pn. Zainab Ahmad dan Pn. Ngahtirah bersama Penyelaras T3 En. Chandra Mohan Krishnan telah ke Pusat Aktiviti Warga Emas Tg. Malim untuk menjalani program GOTONG ROYONG, BERAMAH MESRA DAN SENAMROBIK sebahagian drpd program selepas PMR dan Projek Pend. Sivik Kewarganegaraan sekolah  pada 7-11-2012.

Kursus Pasang Komputer

Kursus Pemasangan Komputer dan Instalasi Untuk Pelajar-pelajar Tingkatan 4PS dan 4WR seramai 33 orang yang mengambil mata pelajaran ICT telah diadakan di Kolej Komuniti Batang Kali bermula hari ini 5/11/2012 hingga 8/11/2012.

TIP MENDUDUKI PEPERIKSAAN BESOK

LAWATAN BERFOKUS KE KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER

 Pada 2 Nov 2012, seramai 52 orang pelajar tingkatan 3 telah menyertai lawatan berfokus ke Kolej Vokasional Slim River untuk menimba ilmu dan pengalaman berguna. Sepanjang lawatan, peserta telah dibawa melawat Bengkel penyaman udara, kimpalan, kayu dan elektrik. Kerjasama erat antara Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKKJ dan KVSR telah menjadikan lawatan ini sangat menarik dan lancar. Guru pengiring yang terlibat ialah Pn Effa Rina Mohd Matore, Pn Aslinda Bt Paat dan En Chandra Mohan. Kepada semua!!!. Terima kasih daun keladi kepada KV Slim River… tahun depan kami datang lagi!!

PERTANDINGAN MY TALENT DAERAH BATANG PADANG

 SMK Khir Johari, Tg Malim telah menyertai Pertandingan My Talent peringkat daerah pada 1 Nov 2012 di SK Bidor 2. Nurul Ezzaty, Mohd Azrul Fahmie dan Amiru Najmi dari 3 RK masing-masing telah mewakili sekolah dalam kategori pengucapan awam, nyanyian solo dan melukis kartun. Nurul Ezzaty telah merangkul Naib Johan pengucapan awam. Walaupun tewas, Fahmie dan Najmi telah memberikan yang terbaik dan saingan yang hebat. Syabas KJO! Guru Pengiring ialah Pn Effa Rina. Peserta telah dilatih oleh Pn Hjh Najmah Bt Tarmidzi