Monthly Archives: October 2012

LAWATAN KE PAMERAN INOVASI KEBANGSAAN DI TCR

 Pada 31 Okt 2012 seramai 40 orang pelajar tingkatan 3 telah menyertai Lawatan Ke Pertandingan dan Pameran Inovasi SM Teknik dan KV peringat Kebangsaan. Guru pengiring yang terlibat ialah En Mohd Fauzi, Pn Laila dan Pn Effa Rina. Melalui pameran ini, para pelajar perbeluang melihat inovasi yang dihasilak oleh KV dan SM Teknik seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, pelajar juga dapat mengetahui syarat kelayakan kemasukan ke KV dan SM Teknik

MAJLIS RESTU ILMU SPM DAN STPM

Pada 31 Okt 2012 telah diadakan Majlis Restu Ilmu untuk semua calon SPM, STPM (Terminal dan Mudular). Tahun ini, Majlis Belia Malaysia telah bermurah hati menaja set alat tulis pelajar. Upacara penyerahan alat tulis dan sesi bermaafan telah dimulaikan dengan Tuan Pengetua dan diikuti oleh barisan guru Tingkatan 4, 5 dan pensyarah Pra Universiti. Sesi memohon restu menyaksikan pelbagai babak syahdu dan gembira yang bercampur baur antara guru dan calon peperiksaan.

PELANCARAN SEKOLAH ANGKAT SPRM

Pada 30 Okt 2012, SMK Khir Johari Tg Malim telah dijadikan Sekolah Angkat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak. Program ini juga melibatkan Sekretariat Pencegahan Rasuah UPSI yang dikendalikan oleh mahasiswa dan mahasiswi UPSI. Seramai 51 orang pelajar dijadikan ahli Rakan SPR UPSI yang terdiri dalam kalangan pelajar 1RK dan 1AA. Ahli Rakan SPR UPSI ini akan berlanjutan sehingga pelajar berada di tingkatan 5. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Tuan Shahrom Nizam b Abdul Manap, Timbalan Pengarah Operasi SPRM Perak. En Othman dari SPRM Perak akan sentiasa berhubung dengan Pn Effa Rina untuk memastikan program ini berjalan lancar dalam tempoh 5 tahun.

CERAMAH KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL DAN SM TEKNIK

 Pada 29 Okt 2012, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjemput wakil dari Kolej Vokasional (KV) Slim River untuk menerangkan tentang syarat kemasukan ke KV dan SM Teknik. Pn Ruziyanti telah sudi hadir untuk menyampaikan ceramah kepada semua pelajar tingkatan 3

Real Reward Harapan Lulus SPM

 Program Real Reward Harapan Lulus SPM telah diadakan pada 24 Okt 2012, 8.30-9.50 pagi di Bilik Gerakan dan disasarkan kepada 13 orang pelajar yang berpotensi untuk lulus dalam SPM. Program anjuran bersama JK Kurikulum dan Unit Bimbingan dan Kaunseling ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh dan lulus SPM. Agenda program ialah amanat eksklusif Pengetua, penyerahan Kad Azimat dan makan bersama pengetua dan guru-guru. Program dihadiri oleh semua PK, GK dan Guru Bahasa Melayu. Para pelajar sasaran kelihatan sangat gembira dan terharu apabila dilayan dengan penuh kasih sayang oleh para guru.

Sumbangan Alat Tulis

 Pada 23 Okt 2012, wakil Majlis Belia Malaysia iaitu En Saiful dari Putrajaya telah bertemu dengan Pn Effa Rina untuk urusan penyerahan cenderamata untuk calon peperiksaan. Beliau telah menyerahkan set alat tulis untuk semua calon SPM kepada Puan Zalina Ahmad. Untuk calon STPM bakal menyusul kemudian. Terima kasih kepada Majlis Belia Malaysia!!

Real Reward SPM

Program real reward SPM telah dijalankan pada 19 Okt 2012 di Bilik Gerakan menyasarkan 11 orang pelajar target straight A’s dalam SPM 2012. Majoriti ibu bapa datang menjayakan majlis ini. Pengisian program adalah mendengar amanat eksklusif pengetua kepada ibu bapa dan pelajar, penyerahan Kad Azimat dan Kamuan Mesra.

Family Day Asrama

Family Day dan Aktiviti Kokurikulum Asrama berlangsung di Kalumpang Resort pada 21.10.2012. Terima kasih kepada PK HEM En Sofuan yang sudi hadir merasmikannya dan terima kasih juga kepada semua ahli lembaga asrama yang hadir. Tahniah kepada semua pelajar yang begitu ‘sporting’ walaupun bermain di tengah hujan.

Bowling di Ampang Bowl Ipoh

Tahniah dan syabas kepada pelajar SMKKJ yang layak ke peringkat negeri dan akan bertarung pada Jumaat ini 19.10.2012 di Ampang Bowl Ipoh. Kejo boleh!

Program Bakal Graduan Bertemu Graduan

 Program Bakal Graduan Bertemu Graduan Siri 2 telah dilaksanakan pada 16 Okt 2012 di POLISAS sempena hari Konvokesyen. Seramai 10 orang pelajar terpilih untuk mengikuti program ini. Bertujuan untuk meningkatkan motivasi pelajar sasaran untuk belajar bersungguh-sungguh dan melanjutkan pelajaran di Politeknik. pelajar telah dibawa oleh Pn Effa Rina dan Pn Hjh Sharifah