Monthly Archives: September 2012

Hari Anugerah Kokurikulum 2012

Hari Anugerah Kokurikulum diadakan pada 29/9/2012 di Tapak Perhimpunan sebagai menghargai kejayaan pelajar peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan juga antarabangsa. Tahniah kepada semua pelajar yang mengharumkan nama SMK Khir Johari.

Program Real Reward PMR

Program Real Reward PMR diadakan pada 28/9/2012. Tahniah kepada semua pelajar yang cemerlang dan tahniah juga kepada ibubapa yang hadir.

Lagi gambar-gambar lihat di GALERI: Real Reward

Program Community Policing

Program Community Policing berlangsung pada 26/9/2012. Antara aktiviti yang diadakan ialah ceramah, kuiz, tarik tali, futsal, pameran, demo motosikal CBX, pemeriksaan motor, aktiviti kumpulan dan lain-lain lagi. Terima kasih dan tahniah kepada guru-guru, para pelajar dan anggota polis yang terlibat.

Sambutan Penutup Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Majlis Penutup Kemerdekaan Peringkat Sekolah telah berlangsung dengan meriahnya hari ini 27/9/2012 di tapak perhimpunan. Majlis dimulai dengan bacaan doa, ucapan Pn Hjh Norfawazah, ucapan pengetua Pn Hjh Noraini, penyampaian hadiah dan seterusnya persembahan yang amat menarik daripada pelajar-pelajar Pendidikan Khas dan Pra-U. Tahniah dan syabas!

Motivasi PMR dan SPM

Program dilaksanakan kepada semua pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 3RK, 3AA dan 3 PS. Disampaikan oleh Syarikat Galaksi dan i-system. bertujuan untuk meningkatkan motivasi belajar pelajar bagi menghadapi peperiksaan PMR dan SPM. Dilaksanakan pada 21.9.2012 pada jam 8.00-10.00 (tingkatan 3) dan 10.30-12.15 thari (tingkatan 5)

LADAP SIRI 3

Ladap Siri 3 diadakan pada hari ini 22/9/2012 di Makmal ICT1 bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Bangunan Baru Hampir Siap

Bangunan baru SMKKJ yang hampir siap!

Solat Hajat dan Bacaan Yasin

Pengetua Pn Hjh Noraini Bt Yeub Sidi sedang berucap di Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin PMR yang diadakan di Surau Al-Hidayah SMK Khir Johari pada 6/9/2012. Pada hari yang sama juga diadakan Hari Interaksi untuk pelajar Tingkatan 3. Tahniah dan syabas kepada ibu bapa/penjaga yang hadis.

Gambar-gambar aktiviti sila lihat di menu GALERI

SEKOLAH PENYAYANG : DUIT RAYA SEBAGAI GANJARAN

Seramai 6 orang pelajar telah menerima duit raya sebagai ganjaran memperoleh straight A’s dalam Trial PMR. Syabas! Teruskan usaha. Semoga menjadi pemangkin kepada semua calon PMR 2012. Pelajar yang menerima 1.¬†Adeline Ong¬†7A 2. Nur Shamimi Mahfudz 8A 3. Nur Amiera Arif 8A 4. Zulaikha Idris 8A 5. kamleswary a/l Muraly 7A 6. Nur Nadhirah Bujang 8A

Aside

Perhimpunan Merdeka peringkat sekolah. Disambut pada 3 september 2012.