Monthly Archives: July 2020

Dialog Prestasi Tingkatan 5

21/7/2020:  Program Dialog Prestasi Bersama Tuan Pengetua Tn Hj Aman Shah Bin Idris diadakan di Bilik Gerakan. Hadir sama ialah PK Pentadbiran Cik Hjh Maznah Bt A. Manan dan GK kemanusiaan En Zulkifly Baharom

Soal Selidik Minda Sihat Tingkatan 5

20/7/2020: Soal selidik minda sihat (PHQ-9 dan GAD-7) untuk Tingkatan 5 berlangsung di Bilik Gerakan bermula pada pukul 8.00 pagi dikendalikan Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Tahniah guru-guru cemerlang tahun 2019

Tahniah kepada 7 orang guru iaitu En. Zulkifly Baharom, Pn. Aznita Ahmad Nawawi, Pn. Norrizan Seman, Pn. Nur Juwaini Arshad, Pn. Sazliena Hamzah, En. Supardi b. Mohd Sani dan Pn. Nooraini Ab Manaf yang mendapat APC tahun 2019.

Suai kenal dan taklimat pertama dari pengetua Tn Hj Aman Shah Bin Idris

Sesi suaikenal dan taklimat dari pengetua baru Tn Hj Aman Shah Bin Idris pada 6/7/2020 jam 2.30 ptg bertempat di Dewan Lestari.

Selamat datang pengetua baru Tn Hj Aman Shah

Seluruh warga SMK Khir Johari hari ini dengan sukacitanya mengalu-alukan kedatangan Tn Hj Aman Shah Bin Idris, pengetua baru menggantikan Tn Hj Ahmad jefri yang bertukar ke Ipoh. Semoga SMK Khir Johari akan terus cemerlang dan gemilang di bawah pentadbiran tuan.

Sukat suhu badan di pintu pagar utama

Suhu badan diambil di pintu pagar utama sebelum masuk ke sekolah.

Sekolah akan dibuka sepenuhnya pada 15/7/2020

Semua sekolah di seluruh negara akan dibuka sepenuhnya selepas cuti panjang kerana COVID-19 pada 15/7/2020 untuk Tingkatan 6 Semester 1, Tingkatan 1 hingga 4 dan Tahun 5 dan Tahun 6. Fasa ke-2 pembukaan ialah pada 22/7/2020 untuk Tahun 1 hingga 4.