Monthly Archives: April 2019

Frog Championships: Frog Boost

Sila login akaun frog masing-masing dan klik pada ikon Frog Boost dan jawab soalan kuiz yang disediakan. Anda layak menyertai pertandingan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Sampul Duit Raya Kejo

Lencana Kjo Dalam Taekwon-Do Kebangsaan

Lencana SMK Khir Johari termasuk dalam banner Kejohanan Taekwon-Do Kebangsaan. 5 orang guru Kjo terlibat sebagai urus setia kejohanan. Tahniah dan syabas kepada guru-guru yang terlibat.

Program Hiking Changkat Asa 2019

Tarikh: 20/4/2019…Program Hiking Changkat Asa 2019. Semua pelajar asrama SMK Khir Johari bersama Warden dan Ahli Lembaga Asrama berjaya menawan Bukit Changkat Asa sambil menikmatai panorama yang indah dari atas bukit. Tahniah dan syabas kepada semua!

KEM RK 2019

Tarikh 18 &19/4/2019 bertempat di Dewan Collesium: Aktiviti Kem RK selama 2 hari. Terima kasih dan tahniah kepada semua pelajar dan guru yang terlibat.

Perasmian NILAM 2019

10/4/2019 bertempat di Dewan Collosium, Pelancaran NILAM dirasmikan oleh Tn Pengetua Tn Hj Ahmad Jefry Bin Hj Kamil.

Pelancaran Program Keranamu Kejo

10/4/2019 bertempat di Dewan Collosium, Pelancaran Program Keranamu Kejo bertujuan mengumpul dana untuk pembangunan sekolah. Perasmian disempurnakan oleh YDP PIBG Dato Saharuddin Bin Zainal Abidin.

MTQ: Khat Ke-2 & Hafazan Ke-3

4/4/2019: Team MTQ berjuang di SMK Sungkai..Tahniah kepada pelajar dan guru-guru yang terlibat…Kejo meraih Naib Johan Khat dan Tempat Ketiga Hafazan.

Pertandingan Sketsa Rukun Negara

3/4/2019: Pertandingan Sketsa Rukun Negara anjuran Jabatan Penerangan bertempat di Dewan Lestari SMK Khir Johari. Kejo antara 5 sekolah yang terpilih untuk mengambil bahagian.

Bahas Ala Parlimen: Kejo Naib Johan

2/4/2019: Pertandingan Bahas Ala Parlimen: Kejo Naib Johan