Monthly Archives: March 2018

Latihan Kebakaran Sesi 1 2018

Latihan kebakaran dijalankan hari ini 13/3/2018 pukul 9.30 pagi. Pelajar-pelajar dan guru memberi kerjasama dan masa pelajar yang terakhir sampai ke tapak kecemasan ialah 7 minit. Tahniah dan syabas kepada semua pelajar, guru dan staff.

MTQ Peringkat Daerah

SMKKJ mengambil bahagian dalam MTQ Peringkat Daerah pada 10/3/2018. Mohd Alif Huzaifi dari 3AA Johan Khat Pertandingan MTQ Peringkat Daerah Batang Padang. Syarahan Agama Kejo mendapat Naib Johan

Perkhemahan KRS Peringkat Daerah

Perkhemahan KRS peringkat Daerah berlangsung di SMK Trolak selama 2 hari mulai 9/3/2018 hingga 10/3/2018 .

KEJO Tuan Rumah Bengkel Sahiba Peringkat Daerah

KEJO menjadi tuan rumah Bengkel Sahiba Peringkat Daerah hari ini 10/3/2018 bertempat di Bilik Gerakan (murid) dan Makmal ICT2 (guru). Seramai lebih 100 pelajar dan 30 orang guru terlibat.

Program Gotong Royong dan Tebus Mata Ganjaran I-Cycle bersama Profesor Dr Richard Ng

Program Gotong Royong dan Tebus Mata Ganjaran I-Cycle telah dijalankan pada hari sabtu 10hb mac  2018 bertempat di Dewan Lestari Smk Khir Johari dengan kerjasama unit HEM Dan Majlis Daerah Tg Malim (MDTM). Seramai 68 guru, 5 staff sokongan dan 91 murid mewakili unit uniform masing-masing telah terlibat manakala pihak MDTM sendiri diwakili oleh Pengerusi i-cycle, Ahli Majlis MDTM, Penolong Pegawai Kesihatan dan 3 kakitangan yang lain. Dalam majlis ini turut dilancarkan program i-cycle dan tebusnilai mata ganjaran di mana setiap peserta guru,pelajar dan staf sokongan diberi barcode dan plastik bag i-cycle. Majlis yang bermula jam 8.00 pagi telah dirasmikan oleh YDP MDTM En Mohd Syukri bin Azaari   dan tamat pad ajam 11 pagi