Monthly Archives: March 2018

SMKKJ di Pameran Jelajah Pendidikan Kementerian Malaysia

SMKKJ di Pameran Jelajah Pendidikan Kementerian Malaysia mulai 31/3/2018 hingga 1/4/2018 bertempat di Mydin Mall Parit Buntar Perak. Pelajar kita sempat mendapatkan tandatangan YB Dato’ Seri Mahadhir Bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia. Tahniah dan syabas kepada semua guru UBK dan PRS yang terlibat. Kejo Cemerlang!

 

Gotong-royong dan Latihan Kebakaran Asrama diadakan pada 31/3/2018 jam 8.30 hingga 12.00 tengahari. Tahniah kepada aspura dan aspuri serta AbiUmmi Dorm yang terlibat.

Kejo Berjaya Menjadi Tuan Rumah Pesta Pantun Peringkat Daerah

Kejo berjaya menganjurkan Pesta Pantun Peringkat Daerah selama 2 hari bermula 28/3/2018 hingga 29/3/2018. Majlis penutup disempurnakan oleh En Zailan Bin Zainuddin Penolong PPD HEM. Tahniah kepada semua warga KEJO terutamanya Panitia Bahasa yang memberi komitmen yang amat padu bagi menjayakan pesta ini.

KEJO Naib Johan Boling (B15) Peringkat Daerah

Wan Danish b Wan Bayan Marayu  merangkul Naib Johan Kategori Bawah 15 dalam Pertandingan Boling Ten Pin yang berlangsung di Ampang Bowl Ipoh pada 29/3/2018. Syabas dan tahniah kepada Wan Danish dan semua peserta dan guru-guru yang terlibat.

Video Peserta Pantun SMK Khir Johari

SMKKJ Tuan Rumah Pesta Pantun Daerah

Barisan peserta pantun SMKKJ bersama Pengetua Tn Hj Ahmad jefri Bin Hj Kamil bersedia untuk mempersembahkan yang terbaik. Semoga berjaya nanti.

SMKKJ Naib Johan Pidato Daerah

Khalisah binti Shamsurahman Tingkatan 4KT mendapat Naib Johan Pertandingan Pidato Daerah Batang Padang & Muallim 2018

Seminar Antarabangsa, Kesejarahan Guru Sejarah, Malaysia-Indonesia 2018
Tarikh: 22 – 23 Mac 2018
Tempat: Wisma Sejarah Mslaysia, Kuala Lumpur
Pn Hjh Norrizan bt Seman (Pembentang Kertas Kerja)
Pn Hjh Najmah Ahmad Tarmidzi & Pn Razmarina bt A.Rasak (Peserta)

 

Amanat Terakhir dari Pengetua Tn Hj Yamin Bin Zakaria

Hari ni 16/3/2018 bertempat di Surau Al-Hidayah SMKKJ Tuan Pengetua memberi amanat terakhir kepada guru-guru dan pelajar kerana beliau akan berpindah ke Ipoh pada 21/3/2018 nanti. Terima kasih atas jasa-jasa Tn Haji yang tidak terhingga demi kecemerlagan sekolah ini. Semoga Tn hj Yamin terus cemerlang di tempat baru.

Mesyuarat Agung Koperasi SMKKJ

Mesyuarat Agung Koperasi berlangsung pada 14/3/2018 di Dewan Lestari pukul 3.00 petang. Tahniah kepada Koperasi kerana mengekalkan bayaran bonus 100%.