Monthly Archives: October 2017

Restu Ilmu PT3 2017

Majlis Restu Ilmu PT3 berlangsung di Tapak Perhimpunan pada 6/10/2017 jam 7.30 pagi. Pada awal program Pengetua Tn Hj Yamin bin Zakaria memberi ucapan dan kata-kata semangat kepada calon-calon. Seterusnya mereka dihadiahkan pen, pencil dan pemadam sebagai simbolik menduduki PT3 nanti. Pada akhir acara calon-calon bersalam-salaman dengan semua guru untuk mendapat restu.

Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana 2017

Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana (PMR, SPM dan STPM) diadakan di Surau Al-Hidayah SMK Khir Johari pada 5/10/2017 dari jam 7.00 hingga 9.30 malam. Majlis dirasmikan oleh Tn Hj Yamin Bin Zakaria Pengetua SMK Khir Johari. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibubapa pelajar terbabit. Tahniah dan syabas diucapkan!