TN HJ AMAN SHAH BIN IDRIS PENGETUA SMK KHIR JOHARI
Announcement
Categories
Meta
Monthly Archives: April 2013
Sesi Viva mata pelajaran Pengajian Am dan Sejarah
5 sidang telah berjalan serentak di 5 buah premis. Premis yang digunakan adalah Bilik Sains Sukan, Bilik Pengawas, Bilik Seni, Bilik Darjah Prauniversiti 2 Holistik dan di Bilik Audio. Bagi pembentangan mata pelajaran Pengajian Am, pembentang membentang dapatan kajian mereka dihadapan penyelia mereka dan pentaksir 2 manakala bagi mata pelajaran Sejarah, mereka membentang di hadapan penyelia mereka dan sebilangan audiens untuk mendapatkan maklumbalas. Diharapkan agar pembentangan para pelajar prauniversiti ini dapat membantu meningkatkan prestasi mereka dalam peperiksaan STPM 2013, In sya Allah.
Comments Off on Sesi Viva mata pelajaran Pengajian Am dan Sejarah
Posted in Uncategorized
PROGRAM RAMAH MESRA PRA-U
Persatuan Bahasa Pusat Pengajian Prauniversiti SMK Khir Johari telah melaksanakan satu program bersama pelajar prasekolah SK Tanjong Malim pada 18 April 2013. Seramai 91 orang pelajar Prauniversiti dan 69 pelajar pra sekolah terlibat bersama-sama 15 orang guru daripada SMK Khir Johari dan 3 orang guru prasekolah tersebut.
Comments Off on PROGRAM RAMAH MESRA PRA-U
Posted in Uncategorized
Naib Johan Forum Remaja
Tanggal 16/4/2013 Smk Khir Johari mendapat tempat kedua dlm Pertandingan Forum Remaja Peringkat Daerah dan tahniah berganda buat saudara Amzar Khairi selaku panel terbaik…tahniah juga utk Siti Aishah selaku Johan Mendeklamasi Puisi (syair),buat Ezzaty Azhari, tahniah sebab dah melakukan yang terbaik…
Comments Off on Naib Johan Forum Remaja
Posted in Uncategorized
PROGRAM CELIK MINDA PEMIMPIN BESTARI
Program Kepimpinan ini merupakan kolaborasi antara Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Kelab Fasilitator Bitara. Dijalankan pada 13 April 2013 dengan melibatkan seramai 66 orang. Pelbagai aktiviti kepimpinan telah dilaksanakan oleh mahasiswa dan mahasiswi UPSI. Tahniah kepada semua peserta dan terima kasih kepada semua yang terlibat.
Comments Off on PROGRAM CELIK MINDA PEMIMPIN BESTARI
Posted in Uncategorized
SOAL SELIDIK SIME DARBY
Perhatian semua warga SMK Khir Johari sahaja. Sila klik pada link yang bersesuaian untuk mengisi soalan soal selidik tersebut. Kerjasama anda diucapkan ribuan terima kasih.
Comments Off on SOAL SELIDIK SIME DARBY
Posted in Uncategorized