Monthly Archives: October 2012

Majlis Graduasi Pra-U 2012

Malis Graduasi Pra-U 2012 telah berlangsung pada 13.10.2012 jam 8.00 di Dewan Makan Asrama SMK Khir Johari. VIP terdiri dari Pengetua Cemerlang Pn Hjh Noraini Bt Yeub Sidi dan  YDP PIBG Tn Hj Mohd Nazri Bin Md Saad. Terima hasih kepada YDP kerana sudi hadir merasmikan majlis tersebut.

Selamat datang Pn Rofiah Bt Mohamad Rashid yang akan menyandang jawatan Ketua Bidang Sains dan Matematik di SMK Khir Johari mulai 8/10/2012.

Selamat menduduki PMR

Selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon PMR mulai 9/10/2012. Semoga anda semua kekal sihat dan dipermudahkan untuk menjawab semua soalan. Jawablah dengan tenang, jangan gopoh dan cuai dan lakukan yang terbaik. Tidur awal dan bangun awal untuk berjuang keesokan harinya. Gembirakanlah hati kedua ibubapa, guru-guru dan juga diri anda sendiri. InsyaAllah anda boleh lakukan

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform

Perkhemahan Perdana selama 2 hari diadakan bermula 5/10/2012 hingga 6/10/2012. Seramai 126 orang pelajar terlibat iaitu mewakili 7 unit beruniform. Tahniah kepada semua pelajar dan guru yang amat komited menjayakan perkhemahan perdana tersebut.