Kem Kenaikan Pangkat KRS

Alhamdulillah.. Peserta KRS KJO seramai 4 org berjaya menamatkan ujian-ujian utk melayakkan mereka naik pangkat pada 27/7/2019 yang lalu. 2 orang dapat pangkat Sarjan dan 2 orang lagi pangkat Staff Sarjan. Bulan September akan dilaksanakan kursus Pegawai Waran I dan II di Ipoh.

Kejo menyertai Konsert Kesenian di UPSI

27/7/2019: Pelajar-pelajar Kejo menyertai Konsert Kesenian anjuran UPSI..

KEJO Tempat Ke-3 Kuiz Wahyu Peringkat Negeri

27/7/2019: Sheikh Afiq dan team Batang Padang Muallim mendapat tempat Ketiga Kuiz Ilmu Wahyu KAA Peringkat Negeri

Perkhemahan Perdana di Pulau D’Tibang Ulu slim

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform berlangsung 2 hari mulai 20/7/2019 hingga 21/7/2019 bertempat di Pulau D’Tibang Resort Ulu Slim kepunyaan YDP PIBG SMK Khir Johari Dato’ Shaharuddin. Terima kasih tidak terhingga kepada dato’ kerana telah sponser sebahagian dari perbelanjaan perkhemahan ini. Alhamdulillah perkhemahan berjalan dengan lancar dan peserta-peserta amat seronok dan teruja untuk datang lagi. Tahniah kepada semua pelajar dan guru-guru beserta suami/isteri yang terlibat atas kejayaan perkhemahan pada kali ini. Kejo boleh!

Hari Interaksi SMK Khir johari

25/6/2019: Hari Interaksi SMK Khir Johari. Tahniah dan syabas kepada ibubapa yang hadir.

Majlis Sambutan Hari Raya SMK Khir Johari

21/6/2019 bertempat di Dewan Colessium SMK Khir Johari. Terima kasih kepada Tuan PPD Muallim serta rombongan, YDP PIBG serta AJK, Ibu bapa dan pelajar-pelajar yang berpakaiaan baju raya yang hadir memeriahkan sambutan raya pada tahun ini.

Selamat Hari Raya Kepada Semua Warga SMKKJ

Ceramah Nuzul Quran SMKKJ

24/5/2019: Dewan Colesseum: Ceramah Nuzul Quran disampaikan oleh Ustaz Abdul Hakam Bin Abdul Majid. Juga disampaikan sijil dan cenderahati kepada khalifah yasin dan rakan surau, sumbangan duit raya kepada asnaf dan bersalam-salaman raya.

Semua Pelajar Tg 5 Hadiri Program UNI di UPSI

30/4/2019: Hari ini semua murid tingkatan 5 ke program Uni di bawah pengawasan Pn. Hjh Wan Aziah.

PPKI Kejo mendapat tempat ke 2 pertandingan memasak

28/4/2019: Team memasak PPKI SMK Khir Johari Mendapat tempat ke 2 dalam pertandingan memasak di karnival pendidikan daerah BPM pagi tadi d SMK Sains Tapah